Popular Posts

Ganyang Malaysia Kali Kedua?!

marinir TEAM-
Ganyang Malaysia Kali Kedua?! Sekembali dari outstation hari ini, aku menonton berita televisyen Indonesia. Terkejut aku kerana isu sempadan di Laut Sulawesi sebenarnya satu perkara yang maha berat lagi hangat di Indonesia. Aku melihat berita yang disiarkan di Malaysia kelihatan masih di dalam "kawalan" kerana kesediaan pihak Malaysia ke meja rundingan.

Di kota-kota besar di Indonesia seperti Jakarta, Solo dan Makassar, banyak demonstrasi atau unjuk rasa diadakan di jalanan. Geram aku melihat aksi beberapa orang yang menggelarkan diri sebagai "relawan negara yang sanggup berkorban jiwa raga" memperlekeh dan memijak-mijak bendera Malaysia dan langsung dibakar! Inilah orang-orang yang berfikiran sempit yang hanya melihat sesuatu dari satu sudut sahaja. Aku harap ini adalah golongan terisolasi di Indonesia. Majoriti bukan begitu harapnya.

Image hosted by Photobucket.com
Aksi membakar bendera Malaysia oleh ekstrimis Indonesia. Sabar.... itu bukan "bendera" Malaysia. Bintangnya cuma lima dan jalur merah putih hanyalah dua belas, bukan empat belas...

Media-media Indonesia juga melaporkan Presiden SBY sudah melawat perairan yang dipertikaikan itu di Pulau Ambalat, pulau yang terbahagi dua milik Malaysia dan Indonesia. Walau bagaimanapun, pihak Tentara Nasional Indonesia (TNI) juga diberitakan sudah bersiap untuk bertempur di perbatasan. Segala kelengkapan perang sudah disiapkan di situ.

Dalam pada itu, Ketua DPR, Agung Laksono dengan angkuh menggesa Indonesia "mengajar" Malaysia dengan tindakan ketenteraan. Baginya kes ini tak perlu ke Mahkamah Antarabangsa kerana sudah jelas kawasan itu adalah hakmilik Indonesia. Nampaknya "jungle rule" juga pilihannya di zaman serba canggih ini. Beberapa pimpinan DPR lain juga menggesa Indonesia memutuskan hubungan dan mengibarkan perang terhadap Malaysia.

Media juga mengetengahkan kerugian ekonomi Indonesia jika negara itu terlepas kawasan blok minyak yang dipertikaikan itu kepada Malaysia. Aku terfikir sekarang ini pun berapa banyak lagi kerugian ekonomi di pihak Indonesia walaupun banyak sumber alam di negara beribu pulau itu dek kelemahan pengurusan dan amalan rasuah atau korupsi yang dianggap "halal" dalam kehidupan seharian.

Lihat saja kes pendatang haram tanpa izin (PATI) yang ingin masuk semula ke Malaysia. Ongkosnya terlalu tinggi kerana banyak "mark up" dari pelbagai pihak sebelum dokumen legal diisu. Nampaknya "uang pelincir" adalah sesuatu kemestian...

Dalam kes memicu semangat nasionalisme ini walaupun berhadapan negara serumpun, media-media di Indonesia juga harus dipertikaikan. RCTI misalnya menyiarkan kembali video seruan Ganyang Malaysia oleh Sukarno. SCTV pula menyuruh para pelajar Indonesia di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyanyi lagu nasional Indonesia, Indonesia Raya. Kelihatan para mahasiswa itu agak bersahaja, seolah-olah tidak mempedulikan isu "hangat" itu.

SCTV juga melaporkan para PATI yang sedang bersembunyi dari pihak berkuasa di sebuah kawasan di Selangor bersedia untuk mempertahankan negara!! Hei.. sedarlah diri itu sikit, tak tahu dek untung! Ingat di mana bumi dipijak!

Sekadar renungan, jika berperang, di mana mahu mencari rezeki? Di mana mahu belajar? Kenapa dengan sekecil butir pasir masuk ke pinggan, seluruh nasi mesti dibuang? Ikatan serumpun bangsa, seagama tidak harus terlerai begitu sahaja. Setiap masalah ada penyelesaian. Malaysia sudah bersedia bermesyuarah, kenapa harus dikeruhkan keadaan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...